Wednesday, March 5, 2008

Nusrah Jemaah China Mac. 2008

Assalamualaikum.

Dah seminggu jemaah China keluar kat halqah aku. Dia org bertiga dari Xinjiang keluar 40 hari di M'sia. 2 org dah kena balik sebab x dapat visa. Dalam bayan Amer Sab dia bagitau,kita org Malaysia ni sgt beruntung dan kena banyak syukur krn dapat amal agama dan buat dakwah dgn senang. Kalau kita x syukur, satu masa nanti Allah tarik balik nikmat ni. (Nauzubillah)

Katanya, Islam dtg ke China 1300 tahun yg lalu dan masjid pertama yg dibina di China adalah di Kwangju. (Tak tau ejaannya betul ker salah... lantaklah). Dulu suasana agama dia pun sgt hebat.. maklumlah mrk belajar terus dr sahabat Nabi s.a.w. Katanya ada 6 org sahabat Nabi s.a.w yg tiba di China setelah bersusah-payah merentas padang pasir di Laluan Sutera. Mrk kemudiannya berpecah ke merata tempat utk buat dakwah. Dimana saja mrk pergi, berduyun2 org China masuk Islam krn terkesan dgn amalan nuraniyat sahabat. (Bahasa ni aku tambah sendiri...)

Lepas tu agama terus berkembang sehinggalah kemuncaknya beberapa puluh tahun yg lepas. Bila mana org Islam leka dan rasa usaha dakwah dah x penting, maka disitulah bermula keruntuhan agama. Bila komunis berkuasa, maka mereka telah tangkap ulamak dan siksa mrk. Antara seksaannya ialah ditelanjang di atas ais batu kemudian di tanya,"Kamu masih mau Islam lagi?" Bila mrk masih teguh dgn Islam, maka kesemua mrk telah dibunuh. Alhamdulillah mrk semua mati krn mempertahankan iman.

Selepas itu usaha dakwah telah terhenti dan ramai org tidak lagi kenal agama, malah x tau ucap La Ilaha Illallah. Berkat risau fikir masyaikh, maka jemaah telah dihantar ke China dan agama mula kembali dlm kehidupan org2 Islam China tapi dakwah masih lagi secara sembunyi2.

Iktibar dari kisah ni, kerja dakwah x boleh berhenti. Berhenti saja kerja dakwah, iman akan lemah, maka amal juga jadi lemah. Bila amal buruk mengatasi amal baik, maka turunlah azab Allah dan kita semua x terkecuali.

Kalau x mau perkara ini berlaku negara kita maka kita kena syukur. Tanda syukur pada nikmat Allah, kita semua kena bagi masa dan korban di jalan Allah. Tasykil.

No comments: