Sunday, March 16, 2008

Alasan..Betulkah kita??

Pada suatu hari, seorang penunggang (Mamat) motosikal telah ditahan polis. Dia ni kena tahan kerana tak pasang lampu waktu malam di bandar berhampiran rumah dia. Dia bagi la.. alasan.

Mamat: Apa ni? Nak pasang lampu nak buat apa?
Polis: La.. tak kan tak tau kot.Untuk keselamatan ko la.
Mamat: oitt.. sana ada lampu, sini ada lampu, situ ada lampu, mau pasang lampu lagi ka?
Polis: Kuang ajo punya budak. Jaga ko!!!

Lalu polis tu pun buang angin kat tayar motor budak tu.

Mamat: oi! oi! apa ni gilo apa? Camna aku nak balik?
Polis: La...sana ada angin, sini ada angin, situ ada angin, mau angin lagi ka?


Pengajaran:
Kita selalu mencari alasan. Tak kira apa situasi pun kita akan cari alasan utk menyelamatkan diri atau menutup kesalahan. Memang ini adalah perangai manusia....tetapi kalau terlalu banyak membuat alasan, kita tidak akan maju... Alasan sebenarnya sifat yg NEGATIF!!!

Utk maju ke depan kita kena buang alasan dan gantikan dgn tindakan (Action). Seorang pelajar atau pekerja atau peniaga perlu mengetepikan alasan..kita mungkin boleh terima tetapi org yg mendengar alasan mungkin tidak dpt menerima kerana dia sudah tentu akan membandingkan performance kita dgn org lain.

Kita sebaliknya perlu mengakui kelemahan dan cuba memperbaikinya... "We must be humble enough to admit our mistake in order to make improvement."

Sifat memberi alasan ini berpunca dari sifat suka bertangguh.(Procrastination)...bertangguh utk melakukan... Hadis Nabi s.a.w: "As Saufa minas syaiton!" . Mafhumnya: "Bertangguh atau saya akan buat adalah dari syaitan." Pada mulanya memang kita nak buat...tapi krn bertangguh-tangguh.. akhirnya kita lupa nak buat perkara tsb...

Bertangguh dlm perkara dunia menyebabkan kita mundur & mensia-siakan peluang... Manakala bertangguh dlm agama menyebabkan kita menyesal yg tidak berkesudahan... jadi bila dtg tasykil..kita mahu terus sambut takaza.. Tasykil..

No comments: