Monday, March 24, 2008

Buruk Sangka

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan. Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon.

Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya. Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu.

Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi".

Pengajaran:
Hindari buruk sangka.

Pernah tak perkara yg lebih kurang sama berlaku kpd kita? Org motivasi bagi tau ini adalah sikap yg negatif...manakala Allah & Rasulnya s.a.w beritahu ini adalah dosa. Tak kira siapa pun kita, selalunya kita sering terlibat dlm keburukan ini.

Walaupun tak mampu tinggalkan 100%, namun mengikis sikap buruk ini akan memberi manfaat yg banyak bagi dunia & akhirat kita.

Dlm Quran Allah swt berfirman: Wahai org yg beriman, tinggalkanlah kebanyakan sangka-sangka, kerana sangka (buruk) itu dosa. Jangan mencari-cari kesalahan org (Tajassus). Jgn menceritakan keburukan (Ghibah) seorang kpd org lain. Sukakah kamu memakan daging saudaramu? Sudah tentu kamu benci. Takutlah kamu Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.

Nabi s.a.w beritahu bahawa manusia masuk neraka kerana 2 lubang. Mulut & kemaluan. Jaga 2 perkara ni insya Allah kita akan selamat.

Tasbih kifarah.

No comments: