Thursday, June 19, 2008

Syukuri Nikmat Allah

Pada gasyt ke 2 yg lalu, aku berkesempatan bertemu dgn seorang pesakit buah pinggang. Mendengar keluhan beliau membuatkan aku INSAF, besar & banyaknya nikmat yg Allah beri kepada kita.

Katanya, mesin haemodialisis ini sebesar peti sejuk. Kena cuci darah 3 hari sekali. Air tak boleh minum banyak, kalau x seluruh badan jadi bengkak. Makan pun hanya makanan yg tertentu. Belanja sekali cuci darah tak payah kiralah. Sekali cuci makan masa berjam-jam. Bila dah jadi macam ni hidup dah tak boleh nak buat apa-apa.

Tengok dia solat atas kerusi. Nak jalan, nak rukuk, sujud, tahiyat...semuanya memang menyakitkan. Betis lak bengkak...Oh Allah... besarnya nikmat sihat yg kau berikan tapi kami tak hargai...Nikmat yg hanya dirasai bila Allah ambil balik dari kita...

Hebatnya ciptaan Allah, ginjal kita yg sebesar segenggam tapi mencuci darah kita tanpa henti sepanjang hidup. Boleh dibawa kemana-mana dgn keupayaan yg tiada batas. Tak perlu bayarpun...Tapi jarang sekali kita bersyukur..Kerana kita memang tidak tahu tahu bersyukur..Apa yg kita lihat ialah perkara yg Allah tak beri pada kita...

Pada satu ketika Umar r.a lalu dihadapan seorang buta, bisu, tuli lagi bersopak. Beliau bertanya kepada rakan2nya." Adakah engkau melihat apa2 nikmat Allah kpd org ini?" Mrk menjawab," Kami tidak melihat apa2 nikmatpun pada org ini."

Beliau berkata: Apakah dia tidak membuang air kecil dgn senang."

Oh Allah ampunilah dosa kami yg gagal mensyukuri nikmatmu..


Jadi utk belajar syukur nikmat Allah, kita kena kena guna nikmat ini utk hidup & majukan agama. Korban diri, masa & harta keluar dijalan Allah. Sebagai balasannya Allah beri syurga yg paling kecil 10x besar dunia ni..

Tasykil...4 Bulan, 4o hari, 3 hari setiap bulan & hidupkan 5 amal masjid.