Monday, March 17, 2008

Like Father Like Son

Dalam sebuah sekolah rendah, terdapat seorang budak darjah 3 bernama Dollah, dia dimarahi oleh gurunya (Cikgu Saodah) kerana mencarut di dalam kelas dengan menyebut f**k. Lalu Cikgu Saodah pun mendenda dollah dengan berdiri di atas meja.

"Dollah!! kenapa kamu mencarut tadi?" tanya Cikgu Saodah. Dengan perasaan marah Dollah pun jawap "Erk, saya mencarut ke Cikgu? saya ikut bapak saya cakap je". "Kamu tau ke apa maksud perkataan yang kamu sebut tadi?" tanya Cikgu Saodah lagi..."Tahu Cikgu" jawap Dollah dgn yakin. "F**k tu maksudnya Enjin kereta tokleh start Cikgu.."

Pengajaran:
Lawak yea..sebenarnya, contoh kisah tamsil diatas adalah suatu perkara yg biasa berlaku dlm masyarakat kita. Puncanya ialah diri kita..

Hadis Nabi s.a.w: Anak2 dilahirkan dlm fitrah, ibubapanya lah yg mejadikannya seorang Yahudi, Majusi atau Nasrani." (Sila rujuk matan hadis yg sebenar)

Kita nak anak kita baik..pandai..dan amat tidak suka kalau anak kita berkelakuan buruk. Kita kalau boleh nak anak kita lebih baik dari kita. Tetapi kita kadang2 lupa yg anak kita adalah spt mana yg kita corakkan.

Anak2 banyak belajar melalui pemerhatian mrk lebih dari percakapan kita...Proses membentuk anak2 menjadi manusia yg baik bermula dari cara hubungan seks kita dgn isteri...amalan semasa mengandung...kemudian cara kehidupan kita dirumah...pendidikan yg kita beri..dan apa yg kita beri makan kpd anak2 kita.

Sesungguhnya sumber makanan yg haram akan menjadi darah & mengalir sehingga ke zakar kita...Kalau begitu mampukah tubuh badan yg dipenuhi perkara yg haram melahirkan zuriat yg baik.??. Wallahu 'alam...

Rezeki adalah jaminan Allah..cuma krn perancangan Allah, rezeki kita dilambatkan sedikit..Tetapi krn tidak sabar kita telah mencarinya dgn cara yg haram..Akibatnya bukan saja kita.. bahkan zuriat kita juga telah rosak kerananya..

Oleh itu kita kena taubat & istighfar serta memohon Allah mengurniakan kita rezeki yg halal lagi berkat...Hanya iman yakin yg kuat, akan membetulkan kehidupan kita. Jadi buatlah usaha atas iman..Tasykil

No comments: