Friday, March 14, 2008

Kahwin

Isteri adalah anugerah & amanah Allah kpd kita. . .Mafhum sabda Nabi s.a.w, bila mendapat isteri yg taqwa separuh dari agama telah selamat. Jadi persoalannya ialah bagaimanakah cara utk mencari & mendapat isteri yg solid solehah..??

Kerana ingin mendapat isteri yg solehah atau suami yg soleh, kadang2 seseorang tu terpaksa membujang terlalu lama...tapi calon yg macam tu tak juga dapat. Kenapa ye..? Jawapannya ialah.. Allah mengurniakan kita isteri sesuai dgn sifat amalan kita..Janji Allah, isteri yg baik utk suami yg baik..dan isteri yg jahat adalah utk suami yg jahat.

Kalau kita seorang yg baik...insyaAllah kita akan mendapat isteri yg baik...Tapi kalau kita perangai macam setan..suka berzina merata-rata, memang kita akan mendapat jodoh yg memang sesuai dgn kita. Jadi kesimpualannya kalau nak dpt isteri yg baik...kita dulu yg kena jadi baik. Jadi jauhilah zina!!!

Dalam sebuah hadis ada kisah mengenai seorang pemuda yg dtg kpd Nabi s.a.w dan berkata:" Izinkan saya berzina." Sahabat Nabi s.a.w marah benar dan ingin mengambil tindakan tetapi dihalang oleh Nabi s.a.w. Baginda menyuruh pemuda itu dtg dekat kpdnya dan bertanya" Sukakah kamu kalau org berzina dgn ibumu? Beliau menjawab: "Tidak!!". Kata Nabi"Begitu juga org lain juga tidak suka kalau org berzina dgn ibu mrk. Seterusnya Nabi bertanya apakah beliau suka jika org berzina dgn isteri, adik atau anaknya? Lalu beliau berkata sudah tentu dia tidak suka. Nabi menerangkan bahawa org lain juga tidak suka jika ada org yg berzina dgn ahli keluarga mrk. Kemudiannya Nabi s.a.w telah mendoakan hatinya disucikan dr keinginan utk berzina. Setelah itu periwayat mengatakan bahawa tidak ada perkara yg paling dibencinya selain dari zina. (SILA LIHAT MATAN HADIS YG SEBENAR)

Cara yg paling baik utk mengelakkan zina, ialah ... KAHWIN...

Utk masuk syurga kita kena tahan nafsu..kaki kiri pijak nafsu..kaki kanan langkah masuk syurga..Tapi kalau nafsu nak kahwin..kena kahwin cepat-cepat..woha..

Bagi kepala yg dah masuk air... tahap libido yg teramat tinggi dan memenuhi segenap ruang testis sampai overflow...meleleh sampai ke telinga..meleleh kat lubang hidung...baik kahwin cepat..tak boleh tahan woihh..ohh...Petua kat bawah ni kira..sesuai utk semua golongan..18SX...

Kriteria isteri idaman adalah:
1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.

2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur dikala duka juga penting.

3. Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting.

4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting.

5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat istri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain...

Heheheh...

No comments: