Monday, October 5, 2009

Bagaimana Kita Hidup Begitulah Kita Akan Mati

Dalam Ramadhan yg baru berlalu kami terima berita tentang kematian Pak Usop Batu Pahat yg selalu khidmat dimasjid Sri Petaling. Beliau bukanlah org yg hebat bersyarah atau tinggi melangit ilmunya tetapi beliau seorang yg banyak khidmat utk agama dan ada beberapa perkara yg patut kita contohi beliau.

Beliau cuma seorang pemotong rumput dan pada waktu malam beliau akan mengambil upah memisahkan cili dari tangkainya lebihkurang 3 guni sehari. Upah bagi 1 guni ialah RM3.00 . 3 guni bermakna upahnya ialah RM9.00 ringgit. Ada seorang beritahu beliau upah itu adalah terlalu sedikit dan sangat tidak berbaloi berbanding dgn masa yg ambil utk menghabiskannya.

Kata beliau," Pada saya upahnya bukanlah keutamaan krn setiap kali memisahkan cili saya dapat habiskan satu zikir kepada Allah. Jadi dengan kerja ini saya dapat berzikir kepada Allah sebanyak 3 guni cili pada satu malam." Allahu Akbar...

Nabi saw beritahu." Tiada perkara perkara yg paling dikesalkan oleh manusia apabila masuk syurga kecuali masa yg berlalu didunia tanpa zikrullah."


Bagaimanakah dgn kita? NILAI DUNIA kita nampak tapi NILAI IMAN & AMAL kita buat tak endah. Bila kematian datang menjemput barulah kita faham nilai kehidupan yg sebenar. Itulah sebabnya bagi org yg dah mati kalau boleh nak kembali ke dunia walau sebentar sekadar nak sebut satu subhanallah. Tapi sudah menjadi sunnatullah setiap org hanya diberi sekali saja peluang utk hidup dan menggunakannya dgn sebaik-baiknya.

Jadi gunalah DIRI, MASA & HARTA dgn sebaik-baiknya dgn cara yg Allah kehendaki iaitu pengorbananan dijalan Allah & buat usaha agama spt Nabi saw. Tasykil.

Thursday, June 19, 2008

Syukuri Nikmat Allah

Pada gasyt ke 2 yg lalu, aku berkesempatan bertemu dgn seorang pesakit buah pinggang. Mendengar keluhan beliau membuatkan aku INSAF, besar & banyaknya nikmat yg Allah beri kepada kita.

Katanya, mesin haemodialisis ini sebesar peti sejuk. Kena cuci darah 3 hari sekali. Air tak boleh minum banyak, kalau x seluruh badan jadi bengkak. Makan pun hanya makanan yg tertentu. Belanja sekali cuci darah tak payah kiralah. Sekali cuci makan masa berjam-jam. Bila dah jadi macam ni hidup dah tak boleh nak buat apa-apa.

Tengok dia solat atas kerusi. Nak jalan, nak rukuk, sujud, tahiyat...semuanya memang menyakitkan. Betis lak bengkak...Oh Allah... besarnya nikmat sihat yg kau berikan tapi kami tak hargai...Nikmat yg hanya dirasai bila Allah ambil balik dari kita...

Hebatnya ciptaan Allah, ginjal kita yg sebesar segenggam tapi mencuci darah kita tanpa henti sepanjang hidup. Boleh dibawa kemana-mana dgn keupayaan yg tiada batas. Tak perlu bayarpun...Tapi jarang sekali kita bersyukur..Kerana kita memang tidak tahu tahu bersyukur..Apa yg kita lihat ialah perkara yg Allah tak beri pada kita...

Pada satu ketika Umar r.a lalu dihadapan seorang buta, bisu, tuli lagi bersopak. Beliau bertanya kepada rakan2nya." Adakah engkau melihat apa2 nikmat Allah kpd org ini?" Mrk menjawab," Kami tidak melihat apa2 nikmatpun pada org ini."

Beliau berkata: Apakah dia tidak membuang air kecil dgn senang."

Oh Allah ampunilah dosa kami yg gagal mensyukuri nikmatmu..


Jadi utk belajar syukur nikmat Allah, kita kena kena guna nikmat ini utk hidup & majukan agama. Korban diri, masa & harta keluar dijalan Allah. Sebagai balasannya Allah beri syurga yg paling kecil 10x besar dunia ni..

Tasykil...4 Bulan, 4o hari, 3 hari setiap bulan & hidupkan 5 amal masjid.

Friday, May 16, 2008

Rasulullah s.a.w dan Pengemis Buta Yahudi

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta yanghari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya, dia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".

Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga baginda wafat.

Setelah kewafatan Rasul.Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku Rasulullah yang belum aku kerjakan",

Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja".
"Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makananuntuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemisitu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar r.a. mulaimenyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu?". Abu Bakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila dia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan itu", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambilberkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datangpada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang muliaitu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Setelah pengemis itumendengar cerita Abu Bakar r.a. dia pun menangis dan kemudian berkata,benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, diatidak pernah memarahiku sedikitpun, dia tetap mendatangiku dengan membawamakanan setiap pagi, dia begitu mulia. Pengemis Yahudi buta tersebutakhirnya melafazkan syahadah di hadapan Abu Bakar r.a.

Dunia dari perspektif berbeza

Kejarlah dunia..tak akan kau dapat
Kalaupun dapat..tapi tak banyak.
Kalaupun banyak..tapi tak senang.
Kalaupun senang ... tapi tak lama

Dunia ini senang nak faham tapi susah nak dapat...
Akhirat pula susah nak faham tapi senang nak dapat..

Teka Teki Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya ( teka-Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia ini?"

Murid 1 = " Orang tua "

Murid 2 = " Guru "

Murid 3 = " Teman "

Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"

Murid 1 = " Negeri Cina "

Murid 2 = " Bulan"

Murid 3 = " Matahari "

Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Imam Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"

Murid 1 = " Gunung "

Murid 2 = " Matahari "

Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Imam Ghazali = " Apa yang paling berat didunia?"

Murid 1 = " Baja "

Murid 2 = " Besi "

Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang,gunung,dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin)di dunia ini.Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"

Murid 1 = " Kapas"

Murid 2 = " Angin "

Murid 3 = " Debu "

Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini"

Murid- Murid dengan serentak menjawab = "Pedang"

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

Monday, April 14, 2008

TERJAWAB KAH PERSOALAN...???

JANGAN MENGELUH ...........
Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah menjawabnya.................

KITA BERTANYA :
KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA
: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA :
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA
: KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA :
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
- Surah Al-Imran ayat 200

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA :
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA
: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA :
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12



Peringatan ini saya terima dari sahabat yang prihatin pada saya. Saya sebarkan peringatan ini kepada sahabat2 tersayang untuk ingat mengingati kepada kebenaran

Tasykil :
"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. " (Muhammad:7)


Wednesday, March 26, 2008

Siapa sponsor org tabligh keluar???

Org selalu tertanya-tanya siapa yg sponsor jemaah tabligh buat dakwah di seluruh dunia. Ada yg hairan macamana org tabligh boleh dpt duit dgn begitu banyak utk pergi berdakwah diseluruh dunia. Masa pun panjang lak tu sampai 4 bulan. ..Kaya sgt ke dia org ni? Tak kerja ke? Tinggal anak bini lah...Ada yg kata CIA sponsor & macam2 lagi....

Tapi sebenarnya mrk keluar duit sendiri yg diperolehi dgn susah payah... Pepatah Melayu ada berkata; "Yg bulat x dtg bergolek...Yg pipih x dtg melayang." Maksudnya, utk dpt sesuatu kita kena berusaha.

Mrk adalah org yg ada risau fikir Nabi s.a.w...nak bawa manusia pada Allah. Caranya ialah dgn berusaha & memohon kpd Allah. Firman Allah dlm surah Ya Sin:
"La yas alukum ajran wahum muhtadun." Mrk tidak meminta sebarang upah, dan sesungguhnya mrklah org yg diberi petunjuk."

Seseorang dpt keluar ke jalan Allah bukan krn dia ada duit yg banyak, cuti atau masa yg lapang. Tetapi keluar krn pilihan Allah. Bila kita sungguh2 nak keluar...kita mesti tingkat amal soleh kpd Allah...Dgn amal baik kita dpt perhatian Allah... Bila Allah pilih baru kita dpt keluar.

Kalau kita yakin dgn masa atau harta buatkan kita dpt keluar, kita sebenarnya telah syirik pada Allah. Dlm targhib, syura karkuzari kisah seorang karkun. Kerjanya hanya sebagai tukang kebun tapi telah keluar ke merata negara termasuk US & Eropah.

Dia adalah seorang yg sgt menjaga amal kpd Allah. Lepas sempurnakan amal masjid dia akan balik kerumah. Setiap hari lepas Isyak, dia akan buat kerja mengambil upah mencerai kan tangkai cili kering sebanyak 3 guni. 1 guni upahnya ialah RM 3. Jadi utk 3 guni, upahnya ialah RM9. Bila org tanya kenapa dia sanggup buat satu kerja yg banyak utk upah yg sgt sedikit. Jawabnya,
"Saya buat ini bukanlah semata-mata krn upah, tetapi setiap 1 biji cili yg saya ceraikan tangkainya, saya zikir 1 kalimah La ilaha illallah. Jadi dgn ini saya dpt zikir sebanyak 3 guni cili setiap hari. "

Org yg sebeginilah yg Allah pilih utk dakwahkan agamanya di seluruh dunia. Mrk lah yg jadi asbab hidayat utk manusia lain. Utk itu kita juga kena tingkatkan amal soleh kita kpd Allah... supaya Allah juga terima kita utk jadi salah seorang dari dae nya. Amin.

Tasykil & tasbih kifarah.