Tuesday, March 11, 2008

Kecik vs Besar

Bush dan Powell sedang duduk-duduk di dalam sebuah restoran. Seorang lelaki masuk dan bertanya kepada pelayan "Bukankah itu Bush dan Powell?".Pelayan itu menjawab "Iya, itu memang mereka."

Lalu lelaki itu mendekati mereka dan menyapa"Hello, apa yang sedang anda berdua bincangkan?"Bush menjawab"Kami sedang merancang perang dunia ke-3."Jawab lelaki"Perang dunia ke-3? apa yang akan terjadi?"Bush menjawab"Kami akan membunuh 500 juta orang Islam dan seorang penjual Basikal."

Lelaki itu bertanya dengan nada terkejut"Penjual Basikal?"Bush menoleh ke arah Powell dan berkata"Lihat, tidak ada siapa yang peduli pasal 500 juta orang Islam tu kan?"..
Ooohh..

Pengajaran:
Yg besar tu nampak macam biasa jer..sedangkan yg kecik tu luar biasa. Macam nilah keadaan kita sekarang. Sibuk dgn perkara yg tak penting dari yg penting...Contohnya usaha atas iman di pandang kecik..solat jemaah nampak kecik.. sedangkan kerja nampak besar...cari duit nampak besar....Ohh..

Syaitan selalu tipu kita dari amalan besar kepada amalan kecil. Macam cerita kat atas tu..Lebih besar sesuatu amalan maka lebih besar lah rahmat dan kasih sayang Allah terhadap kita. Utk tahu amalan mana yg lebih besar dan utama disisi Allah kita kena lihat fadilat amal.

Ada juga org yg berlagak alim dgn mengatakan, beramal dgn fadilat ni tak ikhlas...macam budak kecik...dpt gula2 baru nak buat!!! Tapi dia lupa yg fadilat itu di offer oleh Allah dan yg mengajarnya adalah Nabi s.a.w.

Kalau pemberian manusia pun kita ucap terima kasih..takkanlah pemberian Allah & ajaran Nabi s.a.w kita buat tak endah...Rendah sgt ker pemberian Allah kpd kita..Allah Maha Mengetahui kenapa Dia letak fadilat yg berbeza-beza dlm sesuatu amalan... Jadi sesiapa yg pernah menghina fadilat amalan kena taubat dan istighfar biar pun ianya hadis dhaif.

Ni lagi satu kita kena faham...hadis dhaif bukan hadis palsu..aku tak nak cerita bab ni dulu takut jadi panjang sgt.

Oleh itu ulamak nasihatkan, hari-hari kita kena dengar hadis Nabi s.a.w...Kalau tidak hati kita akan mati...bukan kojol..tapi hati tu dah jadi batu..tu yg buat jadi degil tu...tak makan nasihat..

Kita bacakan hadis tiap-tiap hari kat anak & isteri kita supaya mrk pun sentiasa dengar hadis Nabi s.a.w.Hadis ialah perkataan Nabi yg disimpan oleh sahabat & di ajar kpd umat ni. Dengar hadis macam dengar Nabi s.a.w beri nasihat kat kita walaupun kita tak pernah lihat wajah & dengar suaranya.

Lagi satu kenapa kita kena dengar hadis ialah kerana Nabi lah sebaik-baik pemberi nasihat. Kita punya nasihat kadang2 tak lut sebab semua perangai kita dlm tangan anak & isteri kita...Kalau kita yg beri nasihat... jadi mcm ketam ngajar anak jln lurus.....ohh!!

Bila hari-hari dengar hadis barulah faham...yg mana kecik..yg mana besar.

Tasykil.

No comments: