Monday, October 5, 2009

Bagaimana Kita Hidup Begitulah Kita Akan Mati

Dalam Ramadhan yg baru berlalu kami terima berita tentang kematian Pak Usop Batu Pahat yg selalu khidmat dimasjid Sri Petaling. Beliau bukanlah org yg hebat bersyarah atau tinggi melangit ilmunya tetapi beliau seorang yg banyak khidmat utk agama dan ada beberapa perkara yg patut kita contohi beliau.

Beliau cuma seorang pemotong rumput dan pada waktu malam beliau akan mengambil upah memisahkan cili dari tangkainya lebihkurang 3 guni sehari. Upah bagi 1 guni ialah RM3.00 . 3 guni bermakna upahnya ialah RM9.00 ringgit. Ada seorang beritahu beliau upah itu adalah terlalu sedikit dan sangat tidak berbaloi berbanding dgn masa yg ambil utk menghabiskannya.

Kata beliau," Pada saya upahnya bukanlah keutamaan krn setiap kali memisahkan cili saya dapat habiskan satu zikir kepada Allah. Jadi dengan kerja ini saya dapat berzikir kepada Allah sebanyak 3 guni cili pada satu malam." Allahu Akbar...

Nabi saw beritahu." Tiada perkara perkara yg paling dikesalkan oleh manusia apabila masuk syurga kecuali masa yg berlalu didunia tanpa zikrullah."


Bagaimanakah dgn kita? NILAI DUNIA kita nampak tapi NILAI IMAN & AMAL kita buat tak endah. Bila kematian datang menjemput barulah kita faham nilai kehidupan yg sebenar. Itulah sebabnya bagi org yg dah mati kalau boleh nak kembali ke dunia walau sebentar sekadar nak sebut satu subhanallah. Tapi sudah menjadi sunnatullah setiap org hanya diberi sekali saja peluang utk hidup dan menggunakannya dgn sebaik-baiknya.

Jadi gunalah DIRI, MASA & HARTA dgn sebaik-baiknya dgn cara yg Allah kehendaki iaitu pengorbananan dijalan Allah & buat usaha agama spt Nabi saw. Tasykil.

1 comment:

Hidayatullah said...

subhanallah
ebat la pakcik 2
apa la nilai dunia dalam hati dia kan

minta izin link